Part 2 : Travelog haji saya dan suami
Gambar kenangan di Masjid quba' , Madinah bersama Muttawif Huzaifah, suami saya (Jalaludin Abd Aziz) dan saya. Seronok bercampur sedih , gembira, takut. Semua tu adalah perasaan pertama yang timbul bila terima surat tawaran mengerjakan haji pada tahun 2011. Seingat saya masa tu awal bulan puasa. Saya terus terima , mula-mula sekali yang terfikir ialah bagaimana untuk saya uruskan persekolahan dan penjagaan 2 puteri saya yang berusia 3 tahun dan 7 tahun. Allah Maha Kaya. Diberinya saya dan suami idea untuk memindahkan anak-anak ke kampung. 2 Bulan sebelum berangkat, saya terus mendaftarkan anak sulong saya ke sekolah di Jasin Melaka. Kami mohon dibawah Jabatan Pelajaran Jasin. Oleh kerana sessi persekolahan hanya tinggal 3 bulan lagi , surat rasmi tidak diperlukan. Hanya pertukaran sementara dengan syarat anak saya bersekolah semula di sekolah asal pada sessi persekolahan tahun depan. Saya tukarkan awal. Biar jauh sikit kami pergi ...