Program Jom Capai Berat Badan Ideal
Saya ingin berkongsikan pengalaman semasa mengendalikan ‘Program jom capai berat badan ideal’ ini. Tujuannya bukan ingin memalukan sesiapa tetapi saya mengesan salah satu punca berat badan tidak turun atau tidak mencapai berat yang diingini ialah sikap yang tidak bersungguh-sungguh untuk meneruskan matlamat itu. Selalu ‘missed’ jadual kedatangan dengan saya , tidak menjawab telefon dengan alasan sibuk. Saya jelaskan disini, saya hanyalah sebagai moderator sahaja. Bertindak sebagai mentor yang membimbing dan sebagai ‘jam’ yang mengingatkan matlamat, tindakan yang perlu diambil , perkongsian ilmu dalam bidang diet dengan betul. Selebihnya peserta yang perlu ada inisiatif dan tindakan dari diri sendiri. Jangan marah ye.. Okay, saya teruskan perkongsian ilmu kali ini. Ramai yang bertanya “ Berapa kilogram patut saya turun dalam seminggu?. “ Sebenarnya , kadar penurunan berat badan yang sihat ialah antara 500gm hingga 1.0 kg seminggu. Jadi, jom periksa samada anda dah mencapainye ke be...