Program Jom Capai Berat Badan Ideal
Saya ingin berkongsikan pengalaman semasa mengendalikan ‘Program jom capai berat badan
ideal’ ini. Tujuannya bukan ingin memalukan sesiapa tetapi saya mengesan salah satu
punca berat badan tidak turun atau tidak mencapai berat yang diingini ialah
sikap yang tidak bersungguh-sungguh untuk meneruskan matlamat itu. Selalu
‘missed’ jadual kedatangan dengan saya , tidak menjawab telefon dengan alasan
sibuk. Saya jelaskan disini, saya hanyalah sebagai moderator sahaja. Bertindak
sebagai mentor yang membimbing dan sebagai ‘jam’ yang mengingatkan matlamat,
tindakan yang perlu diambil , perkongsian ilmu dalam bidang diet dengan betul.
Selebihnya peserta yang perlu ada inisiatif dan tindakan dari diri sendiri.
Jangan marah ye..
Okay, saya teruskan
perkongsian ilmu kali ini. Ramai yang bertanya “ Berapa kilogram patut
saya turun dalam seminggu?. “ Sebenarnya , kadar penurunan berat badan yang
sihat ialah antara 500gm hingga 1.0 kg seminggu. Jadi, jom periksa samada anda
dah mencapainye ke belum. Jika sudah, ia adalah betul dan tidak perlahan. Kadar
penurunan berat badan lagi cepat jika kita bersenam. Senaman yang disyorkan 5 kali
seminggu. 30 minit setiap sessi. Contohnya bolehlah mulakan dengan senaman intensiti
sederhana seperti berjalan pantas selama 30minit. Ala-ala window shopping pun
boleh, saya sarankan bagi penggemar berjalan-jalan dipasaraya , tolaklah troli
semasa membeli belah. Boleh membakar sehingga 144 kalori berbanding memegang
beg atau bakul sahaja yang membakar 102 kalori.
Bila agak stabil dengan
senaman intensiti sederhana, mulakan pula senaman intensiti kuat seperti
berjogging dan berlari keliling taman.
Ada satu berita baik
untuk surirumah dan ibu bekerjaya yang rajin mengemas rumah. Sebenarnya melakukan
kerja rumah juga boleh dianggap sebagai salah satu senaman. Jom tengok jadual
dibawah yang saya petik dari majalah RAPI
, MESTI boleh dilakukan :
Aktiviti kerja rumah Jumlah
kalori yang digunakan.
1.
Naik turun tangga 516.3
2.
Berkebun 287.8
3.
Mencuci kereta 234
4.
Mengelap lantai 193.7
5.
Seterika baju (5 helai) 113.2
6.
Membersihkan tingkap 180.3
Jadi, mulai sekarang
belajarlah untuk tidak beralasan jika inginkan berat badan idaman. Mulakanlah
contoh-contoh senaman dirumah seperti diatas, ikuti diet yang disarankan dan
kuatkan semangat dan sentiasa fokus pada matlamat.
Satu lagi info menarik !!!
Salah satu senaman yang pasti menceriakan hati, khas untuk wanita sahaja yang tinggal sekitar Ayer Molek, Duyong Melaka iaitu menyertai kelas aerobic dan perkhidmatan gym wanita dengan dibantu oleh aerobik instructor terlatih (coach Feeza) yang telah dijalankan di So Sweet Wellness Centre.Setiap sessi kelas aerobic yang dijalankan selama 1.5jam yang boleh membakar kira-kira 550kcal. Peluh pun keluar. Badan pun sihat. Mesti best kan....
Anda boleh dapatkan info lanjut melalui link dibawah :
Anda boleh dapatkan info lanjut melalui link dibawah :
page facebook :https://www.facebook.com/Sosweetwellnesscentre?ref=hl
Beberapa peralatan gym untuk membantu senaman seperti basikal static dan trademill
Alamat Pusat Senaman Wanita dan Kelas Aerobik:
No 12-1, Lorong 1, Jalan Desa Molek 2
Taman Desa Molek ,
75460 Melaka
Tel : Coach Feeza 0196945194
Sekian, terima kasih pada semua pembaca.
Comments
Post a Comment