Posts

Showing posts from February, 2014

Macamana nak buat Visa Ke China

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera... Hari ni saya nak kongsi pengalaman pasal buat Visa ke Negara China. Kenapa China?. bukan negara lain? Sebab saya dan suami dan rakan saya (Fiza) pernah ke sana. Untuk memasuki Negara China, visa adalah satu keperluan yang perlu di mohon. Negara China sangat besar. Kami ke Guangzhou. Sebelum tu, saya nak kongsikan pengalaman pertama saya ke sana. Mula-mulanya ke sana sebab nak melancong sambil cari barang. Masa tu ikut trip rombongan "Borong Ke China" dengan syarikat travel agensi. Pergi melancong tempat orang ni, yang seronoknya kita dapat tengok budaya kehidupan yang berbeza dengan Negara kita. Masa tu, bulan Disember 2011, cuaca sekitar 14-17darjah celcius..Fuhhh..sejukkk ler..kalau malam, boleh capai suhu sampai 11darjah..Apa lagi, kami naikkan suhu aircond kat hotel tu sampai 27darjah. Baru boleh tidur dengan selesa..Ye lah...orang tak pernah pergi tempat sejuk, janggal plak tidur sejuk2 nau...musim sejuk biasanya kulit pun mer