Posts

Showing posts from 2013

Program Jom Capai Berat Badan Ideal

Image
Saya ingin berkongsikan pengalaman semasa mengendalikan ‘Program jom capai berat badan ideal’ ini. Tujuannya bukan ingin memalukan sesiapa tetapi saya mengesan salah satu punca berat badan tidak turun atau tidak mencapai berat yang diingini ialah sikap yang tidak bersungguh-sungguh untuk meneruskan matlamat itu. Selalu ‘missed’ jadual kedatangan dengan saya , tidak menjawab telefon dengan alasan sibuk. Saya jelaskan disini, saya hanyalah sebagai moderator sahaja. Bertindak sebagai mentor yang membimbing dan sebagai ‘jam’ yang mengingatkan matlamat, tindakan yang perlu diambil , perkongsian ilmu dalam bidang diet dengan betul. Selebihnya peserta yang perlu ada inisiatif dan tindakan dari diri sendiri. Jangan marah ye.. Okay, saya teruskan perkongsian ilmu kali ini. Ramai yang bertanya “ Berapa kilogram patut saya turun dalam seminggu?. “ Sebenarnya , kadar penurunan berat badan yang sihat ialah antara 500gm hingga 1.0 kg seminggu. Jadi, jom periksa samada anda dah mencapainye ke be

Kalori makanan buat kita gemuk?

Image
Kalori oh kalori...apa ke benda tu?resepi baru ke?..Sesiapa yang tengah berdiet mesti peka pasal kalori kan? Ok, jom kita tengok kalori ni apa sebenarnya..... Kalori sebenarnya ialah satu tenaga yang terdapat dalam makanan. Ini bermaksud apa yang kita makan, akan memberikan kalori dan akan diproses menjadi tenaga. Tetapi jika kalori yang diambil berlebihan , ia akan diproses menjadi lemak pula. Kesannya menjadikan berat badan kita bertambah. Kalori ni biasanya terdapat di dalam 3 kumpulan besar makanan iaitu lemak, protein dan karbohidrat. Nak senang ingat, jom tengok data ni, 1gram = 9kalori, 1gram karbohidrat = 4 kalori dan 1gram protein = 4 kalori. Jadi, lemaklah penyumbang tertinggi pada jumlah kalori kan? Biasanya , untuk wanita dewasa yang bekerja di pejabat dan  kurang aktiviti luar hanya perlukan 1600 kalori hingga 2000 kalori sahaja sehari.  Bagi lelaki dewasa pula,  hanya memerlukan 2000 kalori hingga 2500 kalori sahaja sehari .Formulanya senang, jika   kalori yang ki

Part 2 : Travelog haji saya dan suami

Image
Gambar kenangan di Masjid quba' , Madinah bersama Muttawif Huzaifah, suami saya (Jalaludin Abd Aziz)  dan saya. Seronok bercampur sedih , gembira, takut. Semua tu adalah perasaan pertama yang timbul bila terima surat tawaran mengerjakan haji pada tahun 2011. Seingat saya masa tu awal bulan puasa. Saya terus terima , mula-mula sekali yang terfikir ialah bagaimana untuk saya uruskan persekolahan dan penjagaan 2 puteri saya yang berusia 3 tahun dan 7 tahun. Allah Maha Kaya. Diberinya saya dan suami idea untuk memindahkan anak-anak ke kampung. 2 Bulan sebelum berangkat, saya terus mendaftarkan anak sulong saya ke sekolah di Jasin Melaka. Kami mohon dibawah Jabatan Pelajaran Jasin. Oleh kerana sessi persekolahan hanya tinggal 3 bulan lagi , surat rasmi tidak diperlukan. Hanya pertukaran sementara dengan syarat anak saya bersekolah semula di sekolah asal pada sessi persekolahan tahun depan. Saya tukarkan awal. Biar jauh sikit kami pergi kerja. Kami juga terus berpindah secara semen

Travelog haji muda saya dan suami

Image
Bissmillahirrahmanirahim.. Saya menulis travelog ini untuk dijadikan pengajaran dan perkongsian semata-mata. Ingatan tu jadi kuat bila tiba musim haji. Banyak kenangan manis. Dalam menulis ni juga, saya mohon moga Allah bantu saya menghindarkan perasaan riak atas jemputan menjadi Tetamu Allah pada usia 34 tahun, kumpulan KT 34 dengan Tabung haji Muhasasah, pada tahun 2011. Mulanya kesedaran untuk saya tunaikan rukun islam ke lima ni, bila suami bagitahu yang dia dah dapat tawaran menunaikan Haji pada tahun 2008. Punya le cepat..Sebabnya dia daftar haji tahun 2001. Masa belajar lagi rupanya. Mak dia , mak mertua saya la tu..bercadang untuk buat haji kedua dengan anak lelakinya. Suami pesan saya, 'kalau nak ikut daftarlah haji kat Tabung Haji tu. Bertindaklah. Kalau tangguh-tanguh, cukup masa awak tinggal la' Terkulat-kulat la dengar.Fikir lagi. Mana nak cari duit ni.Simpanan pun ala-ala je..hihi.. Ada simpanan, tapi kejab ada kejab kena korek balik beli barang-barang macam-m

Kisah pertama saya sebagai usahawan farmasi

Image
Pengalaman saya mungkin berbeza atau ada sedikit persamaan dengan usahawan yang membuat kedai jenis peruncitan. Bezanya jenis barangan ataupun perkhidmatan. Tapi, tujuan saya berkongsi pengalaman ni, sebab selalu rakan-rakan yang belum mulakan perniagaan atau pelajar praktikal tanya saya. Macamana nak buka kedai farmasi? Susah tak? Banyak untung tak? Perh...banyaknya soalan. Saya mula menjadi usahawan sebab kena paksa dengan suami..hihi..jangan ikut tau.Pasal saya tak de jiwa berniaga masa tu sedangkan suami Nampak bidang farmasi ni sangat luas dan boleh menjadi perniagaan 'monopoli'.Maksudnya, bukan semua orang boleh buka kedai farmasi. Hanya yang ada kelayakan dalam bidang farmasi sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Farmasi yang boleh buka kedai farmasi. Suami bising, kenapa tak nak rebut peluang ni. Kalau kedai ubat, kedai kain semua orang boleh buka. Tapi bukan farmasi. Mula-mula nak berniaga awal tahun 2006, macam-macam fikir. Takut tak laku, tak yakin diri send

Kenali saya

Image
Assalamualaikum dan salam perkenalan... Nama saya Hazlen binti Jisan. Berasal dari Jasin, Melaka.Saya adalah Pengasas kepada Syarikat Farmasi Duyong, Melaka sejak 2006 hingga kini bersama-sama dengan rakan saya , Siti Norsapizah Idris.Syarikat ini banyak memberi perkhidmatan dan pembekalan terutama ubat-ubatan sama ada berpreskripsi atau OTC, supplemen dan barangan rehab seperti kerusi roda secara runcit dan borong. Alhamdullillah , berkat dorongan dan sokongan keluarga terutamanya suami sebagai pendorong utama dan rakan niaga lain , perniagaan saya mula berkembang  dengan tertubuhnya iaitu Farmasi Tuah Sdn Bhd pada tahun 2010, di Gemencheh ,Negeri Sembilan, seterusnya Syarikat Ice Central iaitu yang menghidangkan makanan ringan panas dan sejuk seperti Ice Blended, Waffle , Keropok Lekor, "Crazy Popcorn"di tengah-tengah Bandar Gemencheh.Kini pada tahun 2013,ada satu lagi syarikat yang sedang dibangunkan bersama-sama rakan niaga iaitu Syarikat So Sweet Wellness Centre, di A