Macamana nak buat Visa Ke China

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni saya nak kongsi pengalaman pasal buat Visa ke Negara China. Kenapa China?. bukan negara lain? Sebab saya dan suami dan rakan saya (Fiza) pernah ke sana. Untuk memasuki Negara China, visa adalah satu keperluan yang perlu di mohon. Negara China sangat besar. Kami ke Guangzhou. Sebelum tu, saya nak kongsikan pengalaman pertama saya ke sana.

Mula-mulanya ke sana sebab nak melancong sambil cari barang. Masa tu ikut trip rombongan "Borong Ke China" dengan syarikat travel agensi. Pergi melancong tempat orang ni, yang seronoknya kita dapat tengok budaya kehidupan yang berbeza dengan Negara kita.

Masa tu, bulan Disember 2011, cuaca sekitar 14-17darjah celcius..Fuhhh..sejukkk ler..kalau malam, boleh capai suhu sampai 11darjah..Apa lagi, kami naikkan suhu aircond kat hotel tu sampai 27darjah. Baru boleh tidur dengan selesa..Ye lah...orang tak pernah pergi tempat sejuk, janggal plak tidur sejuk2 nau...musim sejuk biasanya kulit pun merekah, bibir kering. Senang kata, sapa tak tahan sejuk, baik cari maklumat sebelum ke sana. At least bukan musim sejuk. Sebab pakai beberapa lapis baju pun masih terasa. Ni sempat ambil beberapa gambar di sekitar Bandar Guangzhou, China.

Ni dekat dengan Plaza One-link.


Gambar depan perkuburan sahabat Rasullah, Saad Bin Abdul Waqas
(merupakan pengasas/pelopor yang memperkenalkan agama Islam di China)

Semasa perjalanan ke sana, pelbagai pengalaman yang kami perolehi. Tengok perbezaan budaya, budaya kehidupan masyarakat mereka, pelbagai barangan yang baru dengan pelbagai pilihan. paling seronok, ni orang perempuan la..."syurga membeli belah" terutamanya nak beli handband berjenama mahal atau murah, macam-macam pilihan. Pilih jangan tak pilih. Haah...satu bangunan macam pasaraya MYDIN , tapi penuh dengan kedai-kedai beg sahaja. Kat sana ada bangunan beg sahaja, dipanggil 'Handbag Plaza' , ada bangunan hanya menjual pelbagai kasut sahaja, dipanggil "Shoe Plaza". yang paling best, kakak-kakak penggemar kain-kain  ela, butang, aksesori jahitan..ada satu Bandar khas, sebesar Bandar Melaka yang hanya jual barangan ini sahaja. Guangzhao ni memang terkenal dengan pusat borong utama selain tempat-tempat bersejarah yang menarik.

Ok, berbalik pada camne nak buat visa. Pendek cerita, mulai tahun lepas saya dan Fiza mula cari maklumat untuk pergi sendiri. Kali pertama, kami mohon visa dengan memohon daripada bahagian khas di Bangunan PLAZA OSK, Ampang KL pada Mac 2013. Antara syarat utamanya :
  • salinan "booking' tiket penerbangan pergi dan balik.(Airasia atau MAS)
  • 'booking' hotel dengan tarikh check-in dan check out atau alamat lengkap tempat yang ingin dituju di sana.
  • mengisi borang permohonan VISA sebanyak 4 helai yang boleh didapati di kaunter permohonan VISA
  • gambar pasport 1 keping latarbelakang putih atau biru
  • bayaran RM85 (proses 4 hari bekerja)
Terbaru, iaitu semalam saya dan rakan saya , Fiza bercadang untuk 'terbang' lagi ke sana. Rupa-rupanya tempat pendaftaran Visa sudah di tukar ke Menara Hamspire, Ampang. iaitu kira-kira 100meter dari Plaza OSK.

Jadi, Jadi beberapa hari lagi saya dan Fiza akan ke sana lagi. Insyallah akan memborong barangan yang diharapkan membantu ramai lagi yang mendapat manfaat dengan produk yang akan kami bawa masuk ke sini . Sambil-sambil tu melanconglah..hihi

Saya harap kawan-kawan doakan kami selamat pergi dan balik dengan selamat ye. Semoga sedikit perkongsian ini memberi manfaat .   Terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah pertama saya sebagai usahawan farmasi

Pembekal Katil Pesakit Di Melaka Dan Negeri Sembilan Siri 2

Kalori makanan buat kita gemuk?