Posts

Showing posts from November, 2013

Program Jom Capai Berat Badan Ideal

Image
Saya ingin berkongsikan pengalaman semasa mengendalikan ‘Program jom capai berat badan ideal’ ini. Tujuannya bukan ingin memalukan sesiapa tetapi saya mengesan salah satu punca berat badan tidak turun atau tidak mencapai berat yang diingini ialah sikap yang tidak bersungguh-sungguh untuk meneruskan matlamat itu. Selalu ‘missed’ jadual kedatangan dengan saya , tidak menjawab telefon dengan alasan sibuk. Saya jelaskan disini, saya hanyalah sebagai moderator sahaja. Bertindak sebagai mentor yang membimbing dan sebagai ‘jam’ yang mengingatkan matlamat, tindakan yang perlu diambil , perkongsian ilmu dalam bidang diet dengan betul. Selebihnya peserta yang perlu ada inisiatif dan tindakan dari diri sendiri. Jangan marah ye.. Okay, saya teruskan perkongsian ilmu kali ini. Ramai yang bertanya “ Berapa kilogram patut saya turun dalam seminggu?. “ Sebenarnya , kadar penurunan berat badan yang sihat ialah antara 500gm hingga 1.0 kg seminggu. Jadi, jom periksa samada anda dah mencapainye ke be

Kalori makanan buat kita gemuk?

Image
Kalori oh kalori...apa ke benda tu?resepi baru ke?..Sesiapa yang tengah berdiet mesti peka pasal kalori kan? Ok, jom kita tengok kalori ni apa sebenarnya..... Kalori sebenarnya ialah satu tenaga yang terdapat dalam makanan. Ini bermaksud apa yang kita makan, akan memberikan kalori dan akan diproses menjadi tenaga. Tetapi jika kalori yang diambil berlebihan , ia akan diproses menjadi lemak pula. Kesannya menjadikan berat badan kita bertambah. Kalori ni biasanya terdapat di dalam 3 kumpulan besar makanan iaitu lemak, protein dan karbohidrat. Nak senang ingat, jom tengok data ni, 1gram = 9kalori, 1gram karbohidrat = 4 kalori dan 1gram protein = 4 kalori. Jadi, lemaklah penyumbang tertinggi pada jumlah kalori kan? Biasanya , untuk wanita dewasa yang bekerja di pejabat dan  kurang aktiviti luar hanya perlukan 1600 kalori hingga 2000 kalori sahaja sehari.  Bagi lelaki dewasa pula,  hanya memerlukan 2000 kalori hingga 2500 kalori sahaja sehari .Formulanya senang, jika   kalori yang ki