Program Jom Capai Berat Badan Ideal


Saya ingin berkongsikan pengalaman semasa mengendalikan ‘Program jom capai berat badan ideal’ ini. Tujuannya bukan ingin memalukan sesiapa tetapi saya mengesan salah satu punca berat badan tidak turun atau tidak mencapai berat yang diingini ialah sikap yang tidak bersungguh-sungguh untuk meneruskan matlamat itu. Selalu ‘missed’ jadual kedatangan dengan saya , tidak menjawab telefon dengan alasan sibuk. Saya jelaskan disini, saya hanyalah sebagai moderator sahaja. Bertindak sebagai mentor yang membimbing dan sebagai ‘jam’ yang mengingatkan matlamat, tindakan yang perlu diambil , perkongsian ilmu dalam bidang diet dengan betul. Selebihnya peserta yang perlu ada inisiatif dan tindakan dari diri sendiri. Jangan marah ye..

Okay, saya teruskan perkongsian ilmu kali ini. Ramai yang bertanya “ Berapa kilogram patut saya turun dalam seminggu?. “ Sebenarnya , kadar penurunan berat badan yang sihat ialah antara 500gm hingga 1.0 kg seminggu. Jadi, jom periksa samada anda dah mencapainye ke belum. Jika sudah, ia adalah betul dan tidak perlahan. Kadar penurunan berat badan lagi cepat jika kita bersenam. Senaman yang disyorkan 5 kali seminggu. 30 minit setiap sessi. Contohnya bolehlah mulakan dengan senaman intensiti sederhana seperti berjalan pantas selama 30minit. Ala-ala window shopping pun boleh, saya sarankan bagi penggemar berjalan-jalan dipasaraya , tolaklah troli semasa membeli belah. Boleh membakar sehingga 144 kalori berbanding memegang beg atau bakul sahaja yang membakar 102 kalori.  

Bila agak stabil dengan senaman intensiti sederhana, mulakan pula senaman intensiti kuat seperti berjogging dan berlari keliling taman.

Ada satu berita baik untuk surirumah dan ibu bekerjaya yang rajin mengemas rumah. Sebenarnya melakukan kerja rumah juga boleh dianggap sebagai salah satu senaman. Jom tengok jadual dibawah yang saya petik dari majalah RAPI  , MESTI boleh dilakukan :

         Aktiviti kerja rumah                                 Jumlah kalori yang digunakan.

1.    Naik turun tangga                                                                516.3

2.    Berkebun                                                                              287.8

3.    Mencuci kereta                                                                     234

4.    Mengelap lantai                                                                   193.7

5.    Seterika baju (5 helai)                                                         113.2

6.    Membersihkan tingkap                                                       180.3

Jadi, mulai sekarang belajarlah untuk tidak beralasan jika inginkan berat badan idaman. Mulakanlah contoh-contoh senaman dirumah seperti diatas, ikuti diet yang disarankan dan kuatkan semangat dan sentiasa fokus pada matlamat.
Satu lagi info menarik !!!
Salah satu senaman yang pasti menceriakan hati, khas untuk wanita sahaja yang tinggal sekitar Ayer Molek, Duyong Melaka iaitu menyertai kelas aerobic dan perkhidmatan gym wanita dengan dibantu oleh aerobik instructor terlatih (coach Feeza) yang telah dijalankan di So Sweet Wellness Centre.Setiap sessi kelas aerobic yang dijalankan selama 1.5jam yang boleh membakar kira-kira 550kcal. Peluh pun keluar. Badan pun sihat. Mesti best kan....

Anda boleh dapatkan info lanjut melalui link dibawah :


 
 Beberapa peralatan gym untuk membantu senaman seperti basikal static dan trademill
  
Alamat Pusat Senaman Wanita dan Kelas Aerobik:

No 12-1, Lorong 1, Jalan Desa Molek 2
Taman Desa Molek ,
75460 Melaka
Tel : Coach Feeza 0196945194


Sekian, terima kasih pada semua pembaca.
 
 

Comments

Popular posts from this blog

Kisah pertama saya sebagai usahawan farmasi

Pembekal Katil Pesakit Di Melaka Dan Negeri Sembilan Siri 2

Kalori makanan buat kita gemuk?