Kalori makanan buat kita gemuk?

Kalori oh kalori...apa ke benda tu?resepi baru ke?..Sesiapa yang tengah berdiet mesti peka pasal kalori kan? Ok, jom kita tengok kalori ni apa sebenarnya.....

Kalori sebenarnya ialah satu tenaga yang terdapat dalam makanan. Ini bermaksud apa yang kita makan, akan memberikan kalori dan akan diproses menjadi tenaga. Tetapi jika kalori yang diambil berlebihan , ia akan diproses menjadi lemak pula. Kesannya menjadikan berat badan kita bertambah. Kalori ni biasanya terdapat di dalam 3 kumpulan besar makanan iaitu lemak, protein dan karbohidrat. Nak senang ingat, jom tengok data ni,

1gram = 9kalori, 1gram karbohidrat = 4 kalori dan 1gram protein = 4 kalori.

Jadi, lemaklah penyumbang tertinggi pada jumlah kalori kan?

Biasanya , untuk wanita dewasa yang bekerja di pejabat dan  kurang aktiviti luar hanya perlukan 1600 kalori hingga 2000 kalori sahaja sehari.  Bagi lelaki dewasa pula,  hanya memerlukan 2000 kalori hingga 2500 kalori sahaja sehari .Formulanya senang, jika kalori yang kita ambil berlebihan, berat badan akan meningkat. Sebaliknya jika kekurangan kalori , kita akan mengalami kekurangan tenaga,badan menggigil dan fungsi organ badan pun terganggu terutamanya organ-organ utama seperti buah pinggang, jantung dan sistem saraf pusat (otak).

Contoh perkiraan mudah , jika keperluan badan adalah 2000kalori sehari. Tetapi jika kita mengambil makanan yang berlebihan 500kalori setiap hari, berat badan kita akan bertambah setengah kilogram lemak dalam badan. Lemak tersimpan,  biasanya boleh dikesan di bahagian perut, pinggul dan peha. Jadi pentingnya untuk kita sentiasa aktif , seperti bersukan, bersenam untuk membantu badan membakar kalori . Dengan cara membakar  250 kalori sehari, dalam seminggu  ia boleh menurunkan 1/4 lemak badan. Menarikkan....

Sapa yang tak nak kurus dan ceria dengan berat badan yang ideal kan... Bonusnya kesihatan pun terjaga. Buat ibadah seperti solat pun mudah. Tak adalah  mengadu sesak nafas, sakit lutut sebab keadaan badan yang besar . tambahan pula ia tidak dapat ditampung oleh kaki. Maka berkurang juga risiko penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi.



Jadi cadangan saya, mulai hari ini selalulah peka mengenai label nutrisi makanan (nutrition facts) yang biasa di tampal di setiap label makanan. Contoh label seperti di atas. Boleh lihat pada total kalori (calories) supaya kita tidak sesedap rasa makan macam tak ingat, tup2 badan pun makin naik dan naik. Diri sendiri yang risaukan.... Tambahan pula, bila dikesan dapat penyakit-penyakit kronik pula. Sebaiknya masa usia yang mudalah , perlu menjaga pemakanan supaya kesihatan kita terpelihara.

Jadi,  saya harap sahabat pembaca belajar sesuatu daripada maklumat ini ye. Jika masih samar-samar dan perlukan bantuan mengenai kalori makanan dan masalah berat badan, saya dan team (rakaniaga) sedia membantu.

Kepakaran saya adalah menyelesaikan masalah khusus untuk wanita yang bekerjaya atau  surirumah yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau kegemukan tetapi teringin untuk cantik dan capai berat badan ideal melalui 5 kaedah iaitu disiplin diri, mentor, diari makanan, senaman dan pemakanan kesihatan yang selamat. Saya akan terangkan secara terperinci bagi yang berminat .

Jadi, berapa ramai yang memerlukan khidmat nasihat dan bantuan saya bolehlah menghubungi saya di whattsapp/ call : 0196625360 hazlen jisan atau facebook : Hazlen Bt Jisan.

Sekian terima kasih kepada semua pembaca.  

Comments

Popular posts from this blog

Kisah pertama saya sebagai usahawan farmasi

Pembekal Katil Pesakit Di Melaka Dan Negeri Sembilan Siri 2