Kenali saya

Assalamualaikum dan salam perkenalan...

Nama saya Hazlen binti Jisan. Berasal dari Jasin, Melaka.Saya adalah Pengasas kepada Syarikat Farmasi Duyong, Melaka sejak 2006 hingga kini bersama-sama dengan rakan saya , Siti Norsapizah Idris.Syarikat ini banyak memberi perkhidmatan dan pembekalan terutama ubat-ubatan sama ada berpreskripsi atau OTC, supplemen dan barangan rehab seperti kerusi roda secara runcit dan borong.
Alhamdullillah , berkat dorongan dan sokongan keluarga terutamanya suami sebagai pendorong utama dan rakan niaga lain , perniagaan saya mula berkembang  dengan tertubuhnya iaitu Farmasi Tuah Sdn Bhd pada tahun 2010, di Gemencheh ,Negeri Sembilan, seterusnya Syarikat Ice Central iaitu yang menghidangkan makanan ringan panas dan sejuk seperti Ice Blended, Waffle , Keropok Lekor, "Crazy Popcorn"di tengah-tengah Bandar Gemencheh.Kini pada tahun 2013,ada satu lagi syarikat yang sedang dibangunkan bersama-sama rakan niaga iaitu Syarikat So Sweet Wellness Centre, di Ayer Molek Melaka yang memberi perkhidmatan gymnasium dan kelas aerobic khas untuk wanita.

Sebenarnya , perjalanan sebagai usahawan tidaklah semudah yang disangka.Pelbagai halangan dan cabaran terpaksa ditempuh.Dulu, pada mula-mula saya membuat keputusan untuk berniaga.Keluarga saya , terutamanya ayah saya tidak yakin dengan kemampuan saya.Katanya berniaga tidak menjamin masa depan, tiada pencen.Saya mulakan dengan membuat perancangan pertama dengan membuat pinjaman di PUNB untuk penubuhan syarikat pertama iaitu Farmasi Duyong.Bermacam-macam protokol yang saya lalui, kertas kerjanya, kajian lokasi ,masalah birokrasi dengan pihak Bank di Bandar Melaka yang membuatkan saya menangis kerana penat meminta surat kelulusan  pada ketika itu.Urusan permohonan pinjaman pun sampai 6 bulan baru diluluskan.Disamping itu saya perlu menyediakan 10% daripada total pinjaman.

Bila diluluskan , bermulalah kisah saya dan rakan niaga memulakan perniagaan kami.Jadi di  dalam blog ini, sedikit sebanyak saya ingin berkongsi mengenai :

1.Perjalanan memulakan perniagaan terutamanya Farmasi, Ice central, Gym
khas untuk perempuan.

2.Perkongsian pengalaman dan pengetahuan sebagai Ahli Farmasi terutamanya mengenai kaunseling ubat-ubatan.

3.Minat saya yang suka membaca.saya akan kongsikan buku-buku atau majalah yang sering menjadi inspirasi pada diri saya.

4.Pengalaman sebagai majikan kepada staff dan pelajar praktikal kepada beberapa buah syarikat di atas.

5.Perjalanan saya dan rakan menuntut ilmu daripada mentor-mentor hebat.

6.Perjalanan sebagai Hamba Allah yang terpilih membuat haji muda pada tahun 2011 bersama suami.

7.Perkongsian tempat-tempat menarik yang pernah dilawati samada dalam dan luar Negara.


Moga perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca dan memberi inspirasi kepada usahawan muda yang baru bermula.InsyaAllah.

sekian,terima kasih



Hazlen Jisan

whattsapp, HP : 0196625360

FB : Hazlen Bt Jisan








Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kisah pertama saya sebagai usahawan farmasi

Pembekal Katil Pesakit Di Melaka Dan Negeri Sembilan Siri 2

Kalori makanan buat kita gemuk?