Pembekal Katil Pesakit Di Melaka Dan Negeri Sembilan Siri 2

Salam sejahtera..

Berjumpa lagi kita..😀
 
Hari ni saya nak cerita pasal satu lagi jenis katil pesakit yang biasa hospital kerajaan atau swasta guna. Dengan izinNya , saya pun pernah jadi pesakit kat hospital😔. Tahun 2017 ni , dah 2 kali jugalah masuk hospital. Warded. Jangan ingat kita ni madang aje sihat kan.. Sesekali Allah jentik juga kesihatan kita...

Tapi macam selalu je dengar...

" Aik , pharmacist pun sakit? Doktor pun sakit?" . Ni yang tanya dari negara Tajikistan. Sini orangnya baik2 ..😏

Dah kenapa cakap macam tu...kami sebagai healthcare provider, kadang-kadang "terlebih excited "tau nak rawat atau bantu orang awam supaya kembali sihat dan ceria. Dapat bantu dapatkan ubatan atau barangan kesihatan yang mampu milik untuk pesakit yang dalam kesusahan. Sebab apa?

Itu PASSION kami. Dapat tengok pesakit kembali sihat, hati puas. Dengan izinNya juga. Kami sebagai pemudahcara sahaja..

Okay,

Jom kita sambung citer..

Inilah contoh Manual Hi Low Double Fowler Bed Three Function.



Antara kelebihan katil ini ialah :

 ツ Bahagian kepala boleh dinaikkan antara 0 darjah hingga 80darjah. Manakala bahagian kaki bole dinaikkan ( area lutut) antara 0 darjah hingga 40 darjah dan kedudukan katil juga boleh dinaik turunkan antara 38-71cm.

Jadi ia memudahkanpesakit dinaikkan terutamanya pesakit daripada kerusi roda naik terus ke katil ini.

 ツKatil ini berstruktrur stainless steel (tahan karat). Bahagian kepala dan kaki disambungkan dengan PE board. Juga tidak karat.

 ツMampu menampung kapasiti sehingga 180kg berat badan pesakit.

 Nak lagi jelas, boleh datang di outlet kami di Farmasi Duyong (Pekan Duyong ) Melaka😀. kat sana ada display katil ni.


Sampai sini dulu.Bye💝💝.


Hazlen Jisan😊😊

Farmasi Duyong (Duyong ) : 06-2685688

Farmasi Duyong (Gemencheh) : 06-4301063

Farmasi Duyong (Serkam ) : 06-2634188





 

 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kisah pertama saya sebagai usahawan farmasi

Kalori makanan buat kita gemuk?