KENALI FARMASI DUYONG DAN PERKHIDMATAN YANG DI TAWARKAN ?

Salam semua,


Berjumpa kembali ! 

Hari ni saya nak kongsi outlet-outlet Farmasi Duyong dan perkhidmatan yang di tawarkan..

Untuk pengetahuan, Farmasi Duyong mula beroperasi pada tahun 2006 dengan satu outlet di Duyong dengan kapasiti 4 orang ahli team. 

Kini tahun 2023, ia dah berkembang dengan 3 outlet dengan 16 ahli team. Alhamdulillah...

Hampir 17 tahun dalam industri farmasi ni..segala dugaan, pahit manis semua ada awakk...fuhh..๐Ÿ˜Š

Ok jom tengok gambar outlet -outlet ni dulu...mana tahu, dekat dengan rumah anda, boleh walk in aje....senang kan 


Gambar 1 : Taman Duyong Bestari, Duyong Melaka


Gambar 2 : Serkam , Melaka



Gambar 3 : Gemencheh , Negeri Sembilan

Buat masa ni Farmasi Duyong  ada sediakan beberapa perkhidmatan seperti berikut ; 

⇒ menyediakan bekalan secara runcit iaitu  ubat-ubatan berjadual atau tidak berjadual, produk ( over the counter ) OTC, alatan kesihatan ( medical device ) seperti alatan glukometer, alat ukur tekanan darah tinggi,  alatan rehabilitasi seperti kerusi roda, katil pesakit, pelbagai suplemen dan vitamin.  

Setiap hari outlet beroperasi mulai 9 pagi hingga 9 malam.

⇒ perkhidmatan saringan asas kesihatan seperti permeriksaan ujian kencing manis, tekanan darah tinggi , urik acid dan total kolesterol.

⇒ Khidmat nasihat ubat-ubatan dan cara penggunaan alatan daripada Ahli Farmasi dan Pembantu Farmasi terlatih.

⇒ Pembekalan ubatan atau alatan first aid ke badan-badan kerajaan dan pihak syarikat swasta .  Farmasi Duyong juga mempunyai sijil Kementerian Kewangan dengan status syarikat bumiputra. 


Gambar 4 : Pembekalan stok kit kesihatan ke sebuah pertubuhan bukan kerajaan  ( NGO)


 ⇒ Perkhidmatan saringan kesihatan di luar  outlet seperti membuka booth kesihatan ke sekolah-sekolah, masjid, badan kerajaan yang bertujuan membantu komuniti tersebut sentiasa dalam kesihatan yang optimum. 

 Gambar 5 : Saringan kesihatan di Masjid sekitar Bukit Rambai, Melaka




Gambar 6 : Saringan kesihatan di Masjid sekitar Duyong.


Itu sahaja sedikit pengenalan buat kali ini...

Jika ada sebarang pertanyaan dan memerlukan perkhidmatan kami, ada boleh terus hubungi melalui

- email : duyongpharmasi@gmail.com
-HP : 019-9025688
direct line : 06-2685688

Moga berjumpa lagi...
Bye

Hazlen Jisan
















Comments

Popular posts from this blog

Kisah pertama saya sebagai usahawan farmasi

Pembekal Katil Pesakit Di Melaka Dan Negeri Sembilan Siri 2

Kalori makanan buat kita gemuk?