Travelog haji muda saya dan suami

Bissmillahirrahmanirahim..

Saya menulis travelog ini untuk dijadikan pengajaran dan perkongsian semata-mata. Ingatan tu jadi kuat bila tiba musim haji. Banyak kenangan manis. Dalam menulis ni juga, saya mohon moga Allah bantu saya menghindarkan perasaan riak atas jemputan menjadi Tetamu Allah pada usia 34 tahun, kumpulan KT 34 dengan Tabung haji Muhasasah, pada tahun 2011.

Mulanya kesedaran untuk saya tunaikan rukun islam ke lima ni, bila suami bagitahu yang dia dah dapat tawaran menunaikan Haji pada tahun 2008. Punya le cepat..Sebabnya dia daftar haji tahun 2001. Masa belajar lagi rupanya. Mak dia , mak mertua saya la tu..bercadang untuk buat haji kedua dengan anak lelakinya. Suami pesan saya, 'kalau nak ikut daftarlah haji kat Tabung Haji tu. Bertindaklah. Kalau tangguh-tanguh, cukup masa awak tinggal la' Terkulat-kulat la dengar.Fikir lagi. Mana nak cari duit ni.Simpanan pun ala-ala je..hihi.. Ada simpanan, tapi kejab ada kejab kena korek balik beli barang-barang macam-macam. Simpanan di Tabung Haji ada beberapa ratus je..

Saya terus berdoa pada Allah, bagilah saya jalan untuk cukupkan RM1300, dalam masa 2 bulan ni. Bagilah saya menjadi TetamuNya dengan berniat pergi dengan suami supaya mudahkan urusan. Saya juga takut jika tidak sempat untuk menunaikan rukun Islam ke lima ini , padahal banyak nikmat rezeki yang Allah bagi di usia muda ni. Masa tu tahun 2008. Duit kumpul ni suami tak bagi pun. Dia suruh saya kumpul sendiri. Sebab dia nak tengok kesungguhan saya.

Apa yang saya belajar, pentingnya peranan kita yang dah jadi ibu dan bapa ni untuk merancang pendaftaran haji anak-anak kita seawal usia. Macam ibu mertua saya daftarkan suami saya. Kepada anak-anak juga, sentiasalah ingatkan mereka yang ibadah haji adalah ibadah kemuncak dan pelengkap rukun Islam. Bagi saya dan suami, kami kumpulkan duit raya anak-anak . Bila cukup 5 tahun, dapatlah amaun RM1300. Kami  terus buat penfataran haji anak kami ke Tabung Haji. Rupanya sebab ada kouta,anak sekarang umur 9 tahun. Tarikh jangkaan pergi tahun 2063. Maksudnya jangkaan umur anak saya masa tu 50 tahun. Harap-harap dia masih sihat fizikal dan mental. Lepas tu cerita kat dia 'kakak nak pergi haji tak?. Kalau nak pergi haji sama adik , mesti rajin solat, puasa , belajar tutup aurat.' Kesannya sangat bagus. Anak tersilap sikit-sikit tu biasalah..dah belum baligh lagi..jadi kami ibu ayahlah yang kena pantau dan tegur. 

Macam kes saya, ni dah tua bangka pun tak de kesedaran lagi. Sebab selalu tengok yang pergi haji tu , orang tua-tua. Ye lah, Pak Haji, Mak Haji. Umur-umur pencen. Selalu fikir , esok-esok dah duit banyak masa umur 55 tahun, boleh la daftar haji. Tapi tidak semudah itu. Sebab negara kita mengamalkan sistem giliran dan ada kuota haji setiap tahun. Pendaftar awal yang akan diberi keutamaan. 

Okay..sambung skit, dengan izinNya, simpanan saya cukup dalam masa 3 bulan. Saya pun mendaftarlah haji tahun 2008. Suami senyum je..Suami dan ibu mertua saya pula terpaksa menangguhkan pemergian haji mereka pada tahun tu sebab mereka juga tidak bersedia.Tapi dia sentiasa ingatkan saya supaya sentiasa konsisten menyimpan duit personal di Tabung Haji. Bukan bank-bank lain. Ini juga diakui masa saya pergi kursus asas anjuran Tabung Haji. Salah satu kriteria yang Tabung Haji lihat ialah pemegang akaun konsisten menyimpan. Fikiran mereka, penyimpan macam ni bersungguh-sungguh nak pergi haji.

Tahun 2011, sekali lagi suami dan ibu mertua saya terpilih untuk menunaikan Haji. Saya tak dapat lagi. Dah daftar lambat. Tahun giliran saya patut 2043. Suami tak nak tangguh lagi. Masa awal-awal tahun 2011, dia pergi kursus asas haji dekat Masjid Jasin. Dia ajak saya. Tak pe. belajar dulu. Walaupun belum dapat tawaran pergi haji. Saya belajar setiap Ahad di masjid Jasin sehingga 16 minggu. Dalam masa yang sama , saya buat surat rayuan kepada pihak Tabung Haji supaya dibenarkan saya menyertai ibadah haji bersama suami. Ibu mertua saya tak nak pergi. Masa tu umurnya 77 tahun. Dia sendiri menolak sebab faktor kesihatan dan badan makin uzur, walaupun suami pujuk untuk menyertainya.

Sepanjang mengikuti kursus Asas, ada juga jumpa petugas Tabung Haji. Kes biasa jika suami dapat tawaran, isteri tidak semestinya dapat tawaran. Sebab suami ni kes bebas. Tak payah mahram. Tetapi berbeza jika isteri sahaja yang dapat tawaran dulu, peluang suami pergi bersama besar. Sebab faktor mahram yang menjadi syarat utama bagi wanita yang ingin memasuki Mekah dan Madinah. Saya berfikiran positif, jika tak dapat, mungkin ada hikmah lain. Sebab anak-anak saya masih kecil. Sorang 3 tahun, sorang lagi 7 tahun ketika itu. Redha jika tidak dapat tawaran. Walaupun sedih jugalah...ala orang perempuan..sentimental le jugak..

Alhamdulillah..pada awal bulan puasa, saya terpilih. Sujud syukur. Ini anugerah dari Allah. Urusan dapat pergi awal ke lambat , hanya Allah yang ada jawapan. Saya hanya berusaha membuat surat rayuan dan diluluskan. Saya terpilih menjadi tetamu Allah dan pergi tahun yang sama dengan suami. Alhamdulillah..

Setakat ini dulu, saya akan kongsikan pengalaman saya buat persiapan sebelum ke Tanah Suci, urusan kedai, urusan persekolahan anak-anak, persiapan diri sendiri di lain pertemuan...

Terima kasih pada para pembaca.





Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kisah pertama saya sebagai usahawan farmasi

Pembekal Katil Pesakit Di Melaka Dan Negeri Sembilan Siri 2

Kalori makanan buat kita gemuk?