Apa Azam Tahun 2017?

Macam dah basi je bila tanya kat korang..nak2 bila dah bulan 3 ni kan...
Apa pun yang kita tengah buat, kena suka, PASSION seronok atau berganda seronok..cikgu saya cakap beronok-ronok!!!

Alhamdulillah...saya dan my team Farmasi Duyong S/B melepasi pembukaan kedai (farmasi komuniti) untuk cawangan ke 3 pada bulan Januari 2017!!!. Fuhhh...berasap weh...
Jemput datang kat Serkam , Jasin melaka.☺

Belanja gambar depan jab..

Kenapa kami pilih Pekan Serkam?


✔ ada 5 kampung berdekatan dalam radius 5-10km iaitu Pulai ,Serkam Darat, Serkam Pantai , Tedong dan Umbai.

✔ Banyak taman perumahan lama . Termasuk taman-taman baru yang sedang pesat membangun. Penduduk padat.

✔ Sederet kedai farmasi ada tempat tumpuan , iaitu kedai rakyat 1 malaysia, Klinik rakyat 1 Malaysia, Berhadapan dengan 2 buah sekolah .

✔ Mudah asess dan mudah tempat letak kereta.



So bagi sahabat yang memerlukan khidmat nasihat ubat-ubatan dan supplemen, bolehlah walk in ke sini. Kami sedia membantu.

nota : Cukup sampai sini dulu.. Buat panas enjin..hihi..bertahun tak singgah blog ni..

Alamat :

Farmasi Duyong Sdn Bhd
(CawanganSerkam)
JB 9079, Jalan Serkam Ria 1,
Taman Serkam Ria,
77300 Merlimau Melaka
Tel : 06-2634188

Waktu operasi : Isnin - Sabtu : 10pagi hingga 9 malam,
                          Ahad : tutup

  





Comments

Popular posts from this blog

Kisah pertama saya sebagai usahawan farmasi

Pembekal Katil Pesakit Di Melaka Dan Negeri Sembilan Siri 2

Kalori makanan buat kita gemuk?