" Buku Memulakan Bisnes Sendiri ni menggegar jiwa dan minda saya !!!!! "

Korang rasa kenapa?. Sebab semua persoalan dan situasi yang dinyatakan adalah benar !!!.. malah ada yang kena batang hidung...waaaa memang sedih la..tapi benar..itulah pengalaman paling mahal...

WALAUPUN saya sedang berjuang meneruskan dunia usahawan saya untuk memperkenalkan outlet ke farmasi kami yang ke 3, tapi rasa macam baru buka kedai farmasi. Selalunya , buku-buku dari usahawan akan cerita pasal inspirasi kejayaan , teori , biblografi usahawan berjaya yang baik-baik sahaja. Tapi bila saya dah baca sampai  masuk mukasurat ke 73, kebanyakkan ' kisah benar '  memang benar dan logik akal. Dunia usahawan sekarang bukan zaman acah-acah atau cuba nasib. 

Ilmu yang saya dapat :

* Perkemaskan niat asal untuk berniaga. Jika sebab hanya nak jadi jutawan, lupakan.

* Kenalpasti bakat , kekuatan, peluang yang ada disamping kaji dengan teliti apa kesan baik dan buruk untuk masa depan.

* Kenali pasaran @ stok yang ingin diniagakan.

* Jika baru cuba-cuba berniaga, pastikan modal kurang dari RM2000. Sebab apa? Jika "terbakar" nilai itu masih boleh di serap.

* Pandai membuat produk tidak semestinya pandai uruskan perniagaan menjual produk itu. Key point nya, kena berguru, atau cari ilmu usahawan . Contoh : pandai buat kek kukus, jika ingin berniaga, perlu belajar ilmu lain seperti pemasaran, pembungkusan, kawalan aliran tunai (cash flow) dari guru bisnes yang mahir.

Selain itu di ceritakan juga , perbezaan syarikat enterprise dan Sendiria Berhad (Sdn Bhd) .

Syarikat  Enterprise mudah ditubuhkan sama ada secara tunggal atau perkongsian. Jika sudah ada modal, boleh terus mulakan perniagaan dengan enterprise.

Bagi Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd) , perlu sekurang-kurang nya 2 penama . Lebih sesuai  ditubuhkan jika syarikat bercadang untuk memohon pinjaman dari pihak bank atau mendapatkan kontrak kerajaan.

Saya sentap la, bila penulis bagitahu, syarikat Sdn Bhd ni ibarat lembu....haha..walaupun lembu tu belum mendatangkan duit, kita perlu memberi makan dan minum. Ini bermaksud walaupun kita belum berniaga, kita perlu mengeluarkan kos setiap bulan dan setiap tahun bagi urusan dengan pejabat pendaftar syarikat.

Bagi saya, Sdn Bhd sesuai di tubuhkan jika syarikat enterprise yang kita bina pada permulaannya bercadang untuk berkembang. Ia sesuai jika syarikat sedang mencari pemegang saham baru , membuka cawangan-cawangan baru, membeli hartanah dan memohon pinjaman bank. Sdn Bhd bersifat perniagaan SME.

Sambung lagi untuk masa akan datang...sebab saya pun nak sambung membaca..bye. 

Nota : Kanak2 ribena dalam gambar tu tengah pegang buku Memulakan Bisnes Sendiri oleh Puan Ainon Mohd dan Majalah Solusi Edisi ke 100 :)


Hazlen Jisan





  


Comments

Popular posts from this blog

Kisah pertama saya sebagai usahawan farmasi

Pembekal Katil Pesakit Di Melaka Dan Negeri Sembilan Siri 2

Kalori makanan buat kita gemuk?